Saturday, August 22, 2009

Ramadhan




Selamat Berpuasa...

Wednesday, August 12, 2009

Suhaila's Family 3 Collection

Kali ni aku nak promote satu blog online shopping kawan SEMENZA kita..

Kalau dulu aku promote online bisnis Aniza - http://yoursugarbites.blogspot.com/ - jual cup cakes and tadi aku tengok ada promosi biskut raya dah... (ni bleh mintak komisen pasni nih.. Ja..sekut raya sebalang deh.. hehe)

Kali nih nak tolong promote bisnis tudung plak.. bagus kan kawan2 kita nih.. memang wanita2 kelate nih brehhi nego kan.. hehe

Ni blog url nyer..

http://familytreecollection.blogspot.com/



boleh bayar thru online n tudung akan dipos ke rumah or office anda..




so... teka sapa tuan empunyer bisnis nih....

cepattt tekaaa....

she's my junior... gang hoki aku dulu...



This is the lady behind Family 3 Collection


Nor Suhaila n her daughter Aisya

how to contact her? okeh.. just g je blog dia yek..

http://familytreecollection.blogspot.com/


Cantik-cantik tudung kat blog tu..aku dah tengok tadi... La, boh banyok2 lagi la gambar, tak puas tengok tudung2 tu...


According to her.. "kak anisz La sajer2 gi belajar jahit tudung DIY ni..so biler dah minat jahit pakai sendiri so lain dari yg lain. dr duk jahit sendiri terpk pasal ni n upah tukang jahit tudung Pro yg pernah jadik tukang jahit Tudung AXXyani jahit tudung la...boleh byr ikut berat kalau satu tudung cost about RM4, pernah ader org Brunei, Sabah , Sarawak beli n La pun ader promote dlm EBAY Malaysia..."

mula2 jahit utk pakai sendiri, so ramai officemate tgk tanyer beli mana? so ckp belajar jahit DIY Tudung ikut internet pastu gi kelas...coz kita boleh pilih awning aper kita suka & matching ngan body tudung lain dr yg lain..lamer2 biler byk tak larat nak jahit suruh pro jahit!!tu yg boleh jual kat blog..normally pelanggan tetap from Brunei, Sabah n Sarawak pun masih beli...

Owhh.. ada dalam Ebay gak.. bagus2...

Kepada kawan2 yg lain.. ada sesapa lagi nak mintak aku promote bisnis korang just let me know yer...

Tuesday, August 11, 2009

Featured Friend: Rosmaniza M. Rahim

Salam n hi all...

Pagi nih.. aku dapat email all the way from Christchurh, New Zealand!

Ni aku copy&paste email dari Rose...

Salam anis,
Semalam aku baru jumpa blog yg ko buat. Mandangkan terlalu ramai nama dan muka yang aku kenal, so aku nak join gak arr..Boleh lepas rindu kat kenkawan lama. Aku sendiri tak sure ko ingat ke tidak. Aku dulu kat 5 Syukur, tapi sebab kawan ketat aku Roslina satu klas ngan ko dan Ferra pun pernah sesama-sama jadik part time cikgu dulu ngan aku, dan pendek kata aku kenallah korang semua. Tahniah sebab bukak blog tu..boleh himpun kenkawan lama. Meh aku introduce diri sendiri..nama aku Rosmaniza Mat Rahim..aku tak sure apa nama yang kawan2 pggl aku dulu yang pasti aku baik dgn Asnida( kawan hoki ko), Amy Adlynda dan yada..yada..yada.. Dulu aku di team bola baling. Pun goal keeper gak..( kalo ingatlah).. Married with 4 kids dan sekrang duk di Christchurch. Aku dan suami sesama -samakeje kat UM dan skrg tgh unpaid leave sbb ikut laki aku buat PhD kat sini. Dah setahun setengah kat pulau kecik ni..Wat else arr? Still got 2 years here( insya'allah..). Gambar aku banyak di fb..id kat sana roseazmi Apa lagi ek? Itu jelah buat takat ni.. Nanti aku roger2 balik..Tadi cam banyak nak bgtahu, tapi idea dah terbang. Ok ..will keep you update..wharhahahahha..

Salam,

Rose



Kepada kawan-kawan yg mcm dah ingat2 lupa ngan Rosmaniza nih... ok, meh tgk gambar...

Rose n hubby - Azmi


anak-anak Rose... hok sulung husna- 9 yrs, 2nd- adib- 6yrs, 3rd- atif- 5yrs and 4th- aqil- 3 yrs.











ok.. ni kasi close up... still tak ingat? hehehehe,, tak kan tak ingat...



To Rose, thanx sebab contact aku balik... rajin2 lah jenguk blog ni yek..

Aku baru je lepas chat ngan Rose tadi... tapi jap je, next time insyaAllah leh borak panjang.

Monday, August 10, 2009

Pitis..

Salam all...

Entry kali nih lain sket dari kebiasaan.

Biasanya, entry kat sini berkisar pasal kawan2 sekolah dan kisah2 sekolah dulu kan... kali nih.. aku rasa why not kita buat entry lain sket...

semoga kita mendapat manfaat.. insyAllah..



Mengikut satu kajian psikologi , individu yang merasa dirinya kurang bernilai akan mencari barangan-barangan yang mahal untuk ditempatkan di anggota badannya dan juga di sekelilingnya.

Ini berlaku apabila ada individu yang mencari barangan mahal untuk dipakaikan dibadannya seperti jam yang mahal (jam yang mahal hanya ada 24 jam sahaja masa, sama dengan jam sederhana) , handphone yang mahal (beli bukan kerana keperluan, tetapi status mahal), cermin mata, ada juga yang memiliki rumah dengan pelbagai kemudahan yang disediakan bukan kerana keperluan, tetapi bagi memastikan orang lain nampak dirinya ‘mahal/bernilai’.

Individu yang berkualiti dan bernilai tidak memerlukan sesuatu yang mahal kerana dirinya sendiri sudah tinggi nilainya. Antara individu yang saya kenal yang merasakan dirinya bernilai dan mahal adalah Puan Ainon Mohd. Walaupun seorang ahli perniagaan bertaraf jutawan, jika di lihat dirinya dari jauh, beliau seorang yang tidak bernilai, tetapi apabila bercakap dengan beliau, nilai-nilai yang mahal itu dirasakan oleh sesiapa yang mendapat ilmu dari setiap patah perkataannya.

Jam yang mahal yang kita pakai tidak membantu orang yang disekeling kita, tetapi apabila kita seorang yang bernilai tinggi, orang yang mendampingi kita akan memiliki nilai-nilai mahal yang ada pada kita. Orang di sekeliling kita menjadi bertambah pandai, senang, kaya, ceria, baik hati, dan rajin.

Adakah kita seorang yang bernilai ? Ataupun barangan yang kita ada sahaja yang bernilai?


Diambil dari http://www.shamsuddinkadir.com

Aku recommend sangat korang semua baca blog Tuan Shamsuddin tu, mostly pasal bagaimana kita nak uruskan kewangan kita. Banyak petua dan tips2 yg berguna utk kita amalkan bersama.

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin