Monday, August 10, 2009

Pitis..

Salam all...

Entry kali nih lain sket dari kebiasaan.

Biasanya, entry kat sini berkisar pasal kawan2 sekolah dan kisah2 sekolah dulu kan... kali nih.. aku rasa why not kita buat entry lain sket...

semoga kita mendapat manfaat.. insyAllah..



Mengikut satu kajian psikologi , individu yang merasa dirinya kurang bernilai akan mencari barangan-barangan yang mahal untuk ditempatkan di anggota badannya dan juga di sekelilingnya.

Ini berlaku apabila ada individu yang mencari barangan mahal untuk dipakaikan dibadannya seperti jam yang mahal (jam yang mahal hanya ada 24 jam sahaja masa, sama dengan jam sederhana) , handphone yang mahal (beli bukan kerana keperluan, tetapi status mahal), cermin mata, ada juga yang memiliki rumah dengan pelbagai kemudahan yang disediakan bukan kerana keperluan, tetapi bagi memastikan orang lain nampak dirinya ‘mahal/bernilai’.

Individu yang berkualiti dan bernilai tidak memerlukan sesuatu yang mahal kerana dirinya sendiri sudah tinggi nilainya. Antara individu yang saya kenal yang merasakan dirinya bernilai dan mahal adalah Puan Ainon Mohd. Walaupun seorang ahli perniagaan bertaraf jutawan, jika di lihat dirinya dari jauh, beliau seorang yang tidak bernilai, tetapi apabila bercakap dengan beliau, nilai-nilai yang mahal itu dirasakan oleh sesiapa yang mendapat ilmu dari setiap patah perkataannya.

Jam yang mahal yang kita pakai tidak membantu orang yang disekeling kita, tetapi apabila kita seorang yang bernilai tinggi, orang yang mendampingi kita akan memiliki nilai-nilai mahal yang ada pada kita. Orang di sekeliling kita menjadi bertambah pandai, senang, kaya, ceria, baik hati, dan rajin.

Adakah kita seorang yang bernilai ? Ataupun barangan yang kita ada sahaja yang bernilai?


Diambil dari http://www.shamsuddinkadir.com

Aku recommend sangat korang semua baca blog Tuan Shamsuddin tu, mostly pasal bagaimana kita nak uruskan kewangan kita. Banyak petua dan tips2 yg berguna utk kita amalkan bersama.

No comments:

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin