Wednesday, September 1, 2010

Bazar Ramadhan Paling Best Di Kota Bharu

SalamMerdeka,

Tadi dok browsing sana-sini terjumpa pulak artikel ni kat utusan.com.my , pasal pasar or bazar ramdhan dekat stadium sultan mohammed ke -4, teringat pulak aku pernah buat review pasal bazar ni last year 

So, balik KB raya ni, jangan lepaskan peluang ke bazar nih yer...  


Bazar Stadium Sultan Muhammed IV


Seorang pekerja gerai Hasnah Abdullah melayan pembeli untuk membeli kerabu kaki ayam, perut dan sotong.


KOTA BHARU 30 Ogos - Kedatangan Ramadan bukan sahaja memberi seribu satu rahmat tetapi juga membuka pintu rezeki kepada umat Islam dengan menceburi bidang perniagaan terutama di bazar-bazar Ramadan.
Bagi kebanyakan orang termasuk golongan wanita bekerjaya, bazar Ramadan merupakan destinasi pilihan untuk mendapatkan pelbagai juadah berbuka puasa disebabkan kekangan waktu.
Terdapat pelbagai jenis juadah yang diperoleh di bazar Ramadan termasuk makanan tradisional dan moden, buah- buahan, pelbagai jenis air dengan bermacam-macam warna dan banyak lagi.

Boleh dikatakan, sebut sahaja makanan yang anda ingikann, pasti boleh didapati di bazar Ramadan.
Maka, tidak hairanlah ada ketikanya makanan yang jarang-jarang anda lihat dan teringin hendak makan pada hari-hari biasa, hanya boleh didapati di bazar Ramadan.
Di Kelantan, pelbagai jenis kuih- muih tradisional yang masih menjadi pilihan ramai antaranya akok, buah tanjung, jala emas, puteri mandi, tepung pelita dan pulut manis.
Manakala makanan lain termasuk ayam bakar, daging bakar, piza, ayam percik, ikan percik, ikan bakar turut mendapat sambutan hangat para pengunjung bazar.
Lazimnya, semakin Ramadan menghampiri penghujungnya, semakin rancak dan meriah suasana di bazar Ramadan yang pastinya penuh sesak dan hiruk-pikuk dengan gelagat pengunjung serta peniaga.
Antara bazar Ramadan yang menjadi tumpuan di daerah ini ialah di pekarangan Stadium Sultan Muhammed IV yang menyediakan lebih 300 gerai yang disediakan oleh Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) dan Majlis Perbandaran Kota Bharu-Bandar Raya Islam (MPKB-BRI) dengan menawarkan pelbagai jenis juadah untuk pilihan pelanggan.

Pengarah FAMA negeri, Mamat Yunos berkata, bazar Ramadan FAMA mengandungi 240 tapak melibatkan 170 peserta, beroperasi sejak 1 Ramadan.
"Selain itu, FAMA juga menyediakan bazar Ramadan di Ayer Lanas, Jeli beroperasi dua kali seminggu serta di kawasan rawat dan rehat (R&R) Jeli yang dijangka beroperasi tidak lama lagi," katanya.
Sebaik memulakan operasi kira-kira pukul 3 petang, katanya, bazar Ramadan itu pasti menjanjikan kelainan pada setiap hari lebih-lebih lagi selepas masuk waktu Asar dan menjelang waktu hendak berbuka puasa.
Antara makanan yang mendapat sambutan hangat pengunjung adalah ayam golek madu di gerai Ibrahim Jaafar.

Menurut Ibrahim, dia telah mengusahakan perniagaan ayam golek di bazar Ramadan kira-kira 10 tahun lalu dan mendapat sambutan menggalakkan bukan sahaja di kalangan umat Islam tetapi juga pengunjung bukan Islam.
Jelasnya, ayam golek yang dihasilkan dengan adunan rempah-ratus asli segar dan madu itu dijual pada harga RM16 seekor.

"Setiap hari, saya memanggang antara 70 hingga 100 ekor ayam untuk memenuhi permintaan pelanggan," katanya ketika ditemui di sini, baru-baru ini.
Ibrahim berkata, antara keistimewaan ayam golek madunya adalah ia menggunakan bahan perasa yang diadun sendiri dan hanya dijual pada bulan Ramadan.

Selain ayam golek Ibrahim, turut menarik perhatian pengunjung adalah pelbagai jenis kerabu yang jual oleh Hasnah Abdullah, 52, untuk dijadikan pembuka selera ketika berbuka puasa.
Hasnah memberitahu, setiap hari dia menjual enam dulang kerabu, makanan yang begitu sinonim dengan rakyat Kelantan.


Katanya, antara kerabu yang dihasilkan adalah kerabu kaki ayam, perut dan sotong.
Menurutnya, bagi menghasilkan kerabu dia menggunakan sebanyak masing-masing 15 kilogram kaki ayam, perut dan 10 kilogram sotong sehari.

"Kerabu yang saya jual agak istimewa kerana menggunakan resipi turun-temurun yang dicampur dan digaul bersama-sama bahan lain termasuk cuka, kicap, asam, limau, lada gula, bawang dan tomato," katanya.
Hasnah memberitahu, pelanggan yang mengunjungi gerainya boleh membeli kerabu berkenaan pada harga RM3 hingga RM5 sebungkus.

1 comment:

Hanis MY said...

salam kenal...best tengok gambar zs in previous post teringat kenangan lalu...

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin