Friday, July 5, 2013
Tuesday, January 1, 2013
2013
Happy 2013!!
Lama dah takde update kat sini... semoga tahun 2013 akan ada update lah :)
Tuesday, March 6, 2012
Tahun Melawat Kelantan 2012
http://www.come2kelantan.my/
Sunday, March 4, 2012
Dah 2012?
Kepada sesiapa yg tersesat ke blog ni, terutamanya bekas pelajar Sek. Men Zainab, Jln Telipot Kota Bharu, Kelantan, yg mana sekolah ni sekarang di kenali dengan nama SM Zainab (1), rajin2 lah kembali semula ke blog ni, insyaAllah akan ada entry2 baru sedikit masa lagi.
Jangan lupa tinggalkan komen ye :)
Wednesday, September 1, 2010
Bazar Ramadhan Paling Best Di Kota Bharu
SalamMerdeka,
Tadi dok browsing sana-sini terjumpa pulak artikel ni kat utusan.com.my , pasal pasar or bazar ramdhan dekat stadium sultan mohammed ke -4, teringat pulak aku pernah buat review pasal bazar ni last year
So, balik KB raya ni, jangan lepaskan peluang ke bazar nih yer...
Bazar Stadium Sultan Muhammed IV
![]() |
Seorang pekerja gerai Hasnah Abdullah melayan pembeli untuk membeli kerabu kaki ayam, perut dan sotong. |
KOTA BHARU 30 Ogos - Kedatangan Ramadan bukan sahaja memberi seribu satu rahmat tetapi juga membuka pintu rezeki kepada umat Islam dengan menceburi bidang perniagaan terutama di bazar-bazar Ramadan.
Bagi kebanyakan orang termasuk golongan wanita bekerjaya, bazar Ramadan merupakan destinasi pilihan untuk mendapatkan pelbagai juadah berbuka puasa disebabkan kekangan waktu.
Terdapat pelbagai jenis juadah yang diperoleh di bazar Ramadan termasuk makanan tradisional dan moden, buah- buahan, pelbagai jenis air dengan bermacam-macam warna dan banyak lagi.
Boleh dikatakan, sebut sahaja makanan yang anda ingikann, pasti boleh didapati di bazar Ramadan.
Maka, tidak hairanlah ada ketikanya makanan yang jarang-jarang anda lihat dan teringin hendak makan pada hari-hari biasa, hanya boleh didapati di bazar Ramadan.
Di Kelantan, pelbagai jenis kuih- muih tradisional yang masih menjadi pilihan ramai antaranya akok, buah tanjung, jala emas, puteri mandi, tepung pelita dan pulut manis.
Manakala makanan lain termasuk ayam bakar, daging bakar, piza, ayam percik, ikan percik, ikan bakar turut mendapat sambutan hangat para pengunjung bazar.
Lazimnya, semakin Ramadan menghampiri penghujungnya, semakin rancak dan meriah suasana di bazar Ramadan yang pastinya penuh sesak dan hiruk-pikuk dengan gelagat pengunjung serta peniaga.
Antara bazar Ramadan yang menjadi tumpuan di daerah ini ialah di pekarangan Stadium Sultan Muhammed IV yang menyediakan lebih 300 gerai yang disediakan oleh Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) dan Majlis Perbandaran Kota Bharu-Bandar Raya Islam (MPKB-BRI) dengan menawarkan pelbagai jenis juadah untuk pilihan pelanggan.
Pengarah FAMA negeri, Mamat Yunos berkata, bazar Ramadan FAMA mengandungi 240 tapak melibatkan 170 peserta, beroperasi sejak 1 Ramadan.
"Selain itu, FAMA juga menyediakan bazar Ramadan di Ayer Lanas, Jeli beroperasi dua kali seminggu serta di kawasan rawat dan rehat (R&R) Jeli yang dijangka beroperasi tidak lama lagi," katanya.
Sebaik memulakan operasi kira-kira pukul 3 petang, katanya, bazar Ramadan itu pasti menjanjikan kelainan pada setiap hari lebih-lebih lagi selepas masuk waktu Asar dan menjelang waktu hendak berbuka puasa.
Antara makanan yang mendapat sambutan hangat pengunjung adalah ayam golek madu di gerai Ibrahim Jaafar.
Menurut Ibrahim, dia telah mengusahakan perniagaan ayam golek di bazar Ramadan kira-kira 10 tahun lalu dan mendapat sambutan menggalakkan bukan sahaja di kalangan umat Islam tetapi juga pengunjung bukan Islam.
Jelasnya, ayam golek yang dihasilkan dengan adunan rempah-ratus asli segar dan madu itu dijual pada harga RM16 seekor.
"Setiap hari, saya memanggang antara 70 hingga 100 ekor ayam untuk memenuhi permintaan pelanggan," katanya ketika ditemui di sini, baru-baru ini.
Ibrahim berkata, antara keistimewaan ayam golek madunya adalah ia menggunakan bahan perasa yang diadun sendiri dan hanya dijual pada bulan Ramadan.
Selain ayam golek Ibrahim, turut menarik perhatian pengunjung adalah pelbagai jenis kerabu yang jual oleh Hasnah Abdullah, 52, untuk dijadikan pembuka selera ketika berbuka puasa.
Hasnah memberitahu, setiap hari dia menjual enam dulang kerabu, makanan yang begitu sinonim dengan rakyat Kelantan.
Katanya, antara kerabu yang dihasilkan adalah kerabu kaki ayam, perut dan sotong.
Menurutnya, bagi menghasilkan kerabu dia menggunakan sebanyak masing-masing 15 kilogram kaki ayam, perut dan 10 kilogram sotong sehari.
"Kerabu yang saya jual agak istimewa kerana menggunakan resipi turun-temurun yang dicampur dan digaul bersama-sama bahan lain termasuk cuka, kicap, asam, limau, lada gula, bawang dan tomato," katanya.
Hasnah memberitahu, pelanggan yang mengunjungi gerainya boleh membeli kerabu berkenaan pada harga RM3 hingga RM5 sebungkus.
Sunday, August 15, 2010
Salam Ramadhan
Baru-baru nih Faridah ada bertanya mcm mana dengan raya tahun? Ada plan nak buat gathering ke tak? So, macam mana kawan-kawan semua? Ada sesapa yg volunteer nak jadi AJK nyer? Aku on je kalau ada sesapa yg sesama nak in charge uruskan majlis tu.. best kan kalau dapat buat dengan GRAND nyer.. insyaAllah suatu hari nanti kan..
Tuesday, August 3, 2010
Kak Epique
salam..... naghak x dok sore blogger ex student Z'S 1992..... kalu x ingat .... ini kak epique form 5 sc 2( real name wan hafizah wan ibrahim ) student asrama.... email : reo_ungu@yahoo.com.. calling2 ye....
no tel dia bagi, tapi mana buleh publish sini, wat naya ke dia je kalu2 ada orang salah guna.. peringatan utk kawan2 yg lain, jgn senang2 bagi no tel kat blog public yg mcm nih.. bahye woooo... mcm2 benda jahat yg boleh dibuat dgn no tuu.. tahu pulakkk nama penuh kan.. iskkk
Monday, June 7, 2010
Monday, April 19, 2010
Alumni Rasmi Sekolah Menengah Zainab 1, Kota Bharu, Kelantan
Dear owner of this blog...I suppose year of 1994..very young...SMKZainab 1 nak tubuhkan formal alumni since the skool now is a premier cluster school...kita nak buat REUNION di sekolah tersebut besar besaran pada raya Idilfitri yang ketiga....objektifnya:
1. nak tubuh AJK alumni secara sah
2. nak kutip dana for the school
3. nak arrange beneficial program for alumni...
Datang beramai ramai ya...please visit SEMENZA fb,...aniz who ever you are, mungkin boleh materializekan hasrat sekolah ni...
Above is the msg I received from one of the visitors... menarik kannn majlis reunion besar-besaran gitu tapi masalahnyer how can I contact Nik Maheran nih yer?
To Saudari Nik Maheran, if u r reading this, please leave ur email in the comment box yer...
Siapakah gerangan Saudari Nik Maheran itu?
Thursday, April 15, 2010
Visiting Linda and Her Little Princess Dalia
Salam all... pada 4 april 2010 (happy birthday Mastika and Arniwati) Aku berkesempatan g rumah Linda. (her parents' house kat Kuantan nih). Rupa2 nyer Linda baru je dapat baby girl, her first baby girl, after 2 boys dan jemputan tu adalah kerana majlis cukur jambul...
Thanx Linda for inviting me, sangat shedap nasi kerabu itu! Sorry mung hanya dapat tengok.. hehe.. tak sampai hati rasanyer nak tambah banyak2... :)
The nite before the visit tu aku ada la sms Shreen tanya nak g umah Linda ke tak.. tapi Shreen susah plak nak g sebab her hubby keje... so aku pun g lah ngan hubby aku je.. ehhh shilapp... aku pun g lah sorang2 je.. sajer buat lawak sket bagi korang gelak sket..
Anyway, ada la few other photos yg kiteorang amik.. tapi yg satu nih jek la yg lulus SIRIM utk masuk blog, yg lain2 tu tak cun ahh.. gamba kat atas tu kira gamba abis cun lah tuu..
okeh.. kawan2..sekian sajo lah laporan aku...
Friday, April 2, 2010
Tazkirah Jumaat
Sempena pagi Jumaat nan indah ni... meh kita sesama hayati artikel oleh
Ustaz Zaharuddin Abd Rahman
www.zaharuddin.net
Dilema Wanita, Kerjaya, Ibu & Penjagaan Hukum
"Ustaz mengapa kami kaum wanita kena tutup aurat banyak dan sukar, tapi lelaki sikit aja. Adil ke begitu ustaz?" Tanya seorang wanita yang bertitle PhD dalam bidang ekonomi kepada saya.
"Dr tahu tak berapa jarak matahari ke bumi? " Tanya saya membalas.
"Emm, tak ingat la ustaz, kenapa pulak? Bagaimana soalan saya tadi" Pakar ekonomi ini cuba mengingatkan saya.
"Cuba Dr bayangkan, kalau jarak antara matahari dan bumi ini tiba-tiba berubah jadi seinchi rapat, apa agaknya akan jadi kat kita?" Soal saya mengajaknya berfikir.
"Rasanya jika ikut teorinya, mesti hancur lebur dan cair penduduk bumi kot, ustaz" katanya.
"Jadinya, Dr setuju tak kalau saya kata bahawa Allah SWT begitu mahir dan amat tepat dalam seluruh urusannya, jika tidak..sudah tentu kita tak boleh hidup di dunia ni, bumi asyik berlaga, siang malam tak tentu hala dan tumbuhan semuanya kelam kabut tumbuhnya" Jelas saya sedikit panjang.
"Benar ustaz, saya amat bersetuju tentang Allah maha mengetahui dan berkuasa" katanya sambil mengangguk.
"Jika demikian, mengapa Dr boleh timbul rasa sangsi tentang keadilan dan kebijaksanaan Allah dalam mengarahkan wanita menutup aurat begini, dan lelaki begitu?" Saya cuba membawa semula kepada topik awalnya.
"Hmmm, ye tak ye jugak ustaz kan, betul-betul tak patut saya rasa begitu, astahgfirullahah azim " sambil menggeleng kepalanya perlahan.
Bagi sesetengah orang yang bijak, mungkin fakta ringkas saya tadi sudah cukup untuk memberi faham kepada jiwa dan hati. Walau bagaimanapun, ia mungkin sekali tidak berkesan buat setengah yang lain.
Jawapan lazim yang kerap digunakan oleh rakan-rakan saya apabila ditanya soalan sebegini adalah kembali kepada pengertian adil dalam Islam. Iaitu meletakkan sesuatu pada tempatnya. Contohnya ‘favorite'nya pula, menyebut "adil tak meletakkan kupiah di atas kepala lutut?."
Benar dan saya bersetuju itulah takrif adil tersebut, iaitu "meletakkan seseuatu pada tempatnya", lalu tak semua benda patut kita letakkan pada tahap yang sama, seperti kita mengharapkan anak kita berumur 14 bulan untuk mengerti bahayanya memakan semua benda kecil yang dijumpainya di atas lantai.
"EEee, budak ni tak reti ke benda-benda ni kotor? " tempik seorang ibu kepada anaknya kerana memasukkan dalam mulutnya kotoran di lantai dapur rumahnya.
Saya yakin, kita semua faham bahawa tidak adil untuk kita memarahinya kerana ia baru berusia 14 bulan. Berbeza jika ia berusia 14 tahun dan cergas aqalnya tetapi masih memungut dan makan semua yang dijumpainya di atas lantai. Itu sememangnya patut dikesali.
Dari sudut Islam, kita harus memahami bahawa Allah SWT maha bijak dalam mengatur hukum di atas dunia ini. Apa yang memudaratkan manusia secara tersurat dan tersirat akan diletakkan had dan batasan untuk dikurangi atau dijauhi. Apa yang bermanfaat dan baik sahaja yang akan digalakkan dan dibenarkan.
Firman Allah SWT :
يَسْأَلُونَكَ مَاذَا أُحِلَّ لَهُمْ قُلْ أُحِلَّ لَكُمُ الطَّيِّبَاتُ
Ertinya : "Mereka menanyakan kepadamu: ""Apakah yang dihalalkan bagi mereka?"" Katakanlah: ""Dihalalkan bagimu yang baik-baik" ( Al-Maidah : 4)
Justeru, apa yang ‘neutral' atau ‘harus' hukumnya akan dibiarkan terbuka (tanpa sebarang larangan) sebagai rahmat dan kemudahan kepada umat manusia. Fakta ini datang dari sabda Nabi SAW :
إن الله فرض فرائض فلا تضيعوها وحدّ حدوداً فلا تعتدوها وحرّم أشياء فلا تنتهكوها وسكت عن أشياء رحمة بكم غير نسيان فلا تسألوا عنها
Ertinya : "Sesungguhnya Allah telah memfardhukan pelbagai perkaar wajib, maka janganlah kamu mengabaikannya, dan telah menetapkan had bagi beberapa keharusan, maka janganlah kamu melewatinya, dan juga telah mengharamkan beberapa perkara, maka janganlah kamu mencerobihinya, dan juga telah mendiamkan hukum bagi sesuatu perkara, sebagai rahmat kemudahan buat kamu dan bukan kerana terlupa, maka janganlah kamu menyusahkan dirimu dengan mencari hukumannya" ( Riwayat Ad-Dar Qutni, ; Ad-Dar Qutni : Sohih, An-Nawawi : Hasan )
PEREMPUAN LEBIH SUKAR?
Pernah sekali di Brunei, selepas tamat kursus yang saya kendalikan, datang seorang peserta wanita lalu berkata :
"Tapi ustaz, orang lelaki mudah le dapat tutup aurat dengan sempurna, sebab depa senang, sikir benor auratnya". Tegasnya.
"Jika puan rasa susah, tapi buat juga kerana Allah, lagi banyak pahala puan dapat, untung orang perempuan, tutup je aurat terus dapat pahala setiap saat, berganda dari pahala orang lelaki kerana mereka tidak berapa sukar" jawap saya menarik minatnya.
"eh, betul ke ni ustaz" sambil tersenyum luas.
Berminat betul nampaknya dia kali ini sehingga nampak jelas raut wajahnya ingin penjelasan lanjut.
"Benar, InshaAllah.." Kata saya.
Kata saya ini berdasarkan satu hadith yang menyebut
إن لك من الأجر على قدر نصبك ونفقتك
Ertinya : "Sesungguhnya bagi kamu ganjaran pahala berdasarkan kepada kadar keletihan dan belanja ikhlas kamu" (Riwayat Ad-Dar Qutni dan Al-Hakim)
Menurut Imam Ibn Hajar di dalam Fath al-bari menjelaskan bahawa hadith ini pernah disebutkan oleh Nabi SAW kepada Aisyah r.a berkenaan umrah yang dilakukan oleh Aisyah. Dimana Nabi SAW diriwayatkan menyebut :
إنما أجرك في عمرتك على قدر نفقتك
Ertinya : "Sesungguhnya ganjaran pahalamu (wahai Aisyah) ketika umrahmu ini adalah berdasarkan kadar kesukaran dan wang yang dibelanjakan"
Imam An-Nawawi pula berkata :-
الحديث أن الثواب والفضل في العبادة يكثر بكثرة النصب والنفقة
Ertinya : "Zahir hadith ini menunjukkan ganjaran dan pahala dalam ibadah akan bertambah dengan bertambahnya keletihan dan belanja yang dikeluarkan"
Bagaimanapun ulama sepakat menyatakan bahawa konsep pahala lebih besar apabila amalan lebih sukar dan letih" ini, tidaklah terpakai di dalam semua keadaan, kerana terdapat beberapa jenis ibadat yang ringan tetapi mempunyai pahala yang amat besar, seperti ucapan zikir tertentu yang disebut oleh Nabi SAW, demikian juga berbezanya solat tahajjud di bulan biasa dan di bulan Ramadhan. Kelebihan solat sunat Witr atas solat sunat tasbih yang jauh lebih sukar dan lain-lain. Demikian juga yan ditegaskan oleh Imam Izzudin Abd Salam ( Qawaid al-Ahkam fi Masalihil Anam)
LELAKI DUDUK RUMAH, WANITA KERJA
Yakinilah bahawa Allah SWT maha adil dalam menentukan tanggungjawab kepada lelaki dan wanita. Sememangnya Allah SWT memerintahkan kaum Hawa untuk menutup auratnya dengan begitu luas; ia bersesuaian dengan hukum Islam yang asal iaitu kerja mencari nafqah buat keluarga adalah merupakan tanggungjawab asas kaum lelaki yang disebut oleh Allah sebagai salah satu faktor "qiwamah"nya. Malah terdapat pandangan yang menyatakan lelaki yang gagal menyempurnakan tanggungjawab ini bukan kerana uzur adalah suami yang NUSYUZ.
Ini bermakna jika menurut hukum asal dalam Islam, haram hukumnya bagi lelaki yang sudah berumah tangga (tanpa sebab yang diktiraf Islam) tidak bekerja mencari nafqah, wanita tidak pula diharamkan untuk bekejra jika menjaga hukum yang ditentukan Islam. Jika wanita bekerja, pendapatan itu adalah milik mereka dan tiada sebarang tanggung jawab untuk memberi makan kepada suami kecuali atas dasar ihsan sahaja.
Adakah lelaki yang sudi memakan belas ihsan isteri? sedangkan lelaki dipenuhi dengan ego yang cukup tinggi secara puratanya. Saya sebut ihsan kerana ia BUKAN TANGGUNGJAWAB ISTERI untuk memberikan suaminya yang sihat tubuh badan untuk makan dan pakaian.!
Lelaki secara umumnya berbanding wanita, diberikan oleh Allah SWT lebih kemampuan fizikal, mental dan kemudahan dalam menutup aurat agar mudah ia ke hulu dan ke hilir mencari nafqah buat keluarganya. (Fatawa Az-Zarqa, hlm 290, cet Dar Al-Qalam)
"Habis ustaz nak orang perempuan duk rumah je la ni?" desak seorang wanita, sambil menjeling saya dengan jelingan kurang puas hati.
"jawapannya bukan semudah itu" jawab saya.
"Begini, saya kata ikut hukum asal yang Allah letak memang begitu, cuba bayangkan betapa sukarnya wanita bekerja hari ini untuk melaksanakan tugasnya dalam keadaan ‘senggugut', sakit perut, mengandung dan bersalin. Sekiranya ia telah menopos pula, sukarnya tiba-tiba perlu ke sana sini seorang diri, bermesyuarat bersama lelaki berdua-duaan dan sebagainya"
"Mereka sepatutnya lebih dimuliakan dengan diberi kerehatan cukup di rumah sambil membina pimpinan dan generasi soleh masa depan, iaitu anaknya dan keluarganya" Ulas saya, walaupun saya tahu, isu ini amat panjang untuk dibincang serta amat sukar untuk memuaskan hati kaum wanita moden zaman ini.
Nabi SAW bersabda :
لأن تصلى المرأة في بيتها خير من أن يصلى في حجرتها , ولأن تصلى في حجرتها , خير من أن تصلى في الدار , ولأن تصلى في الدار خير من أن تصلى في المسجد
Ertinya : "Bagi seorang wanita untuk menunaikan solat di tempat tidurnya adalah lebih baik dari menunaikannya di biliknya, dan menunaikannya di biliknya lebih baik dari menunaikannya di rumahnya, dan menunaikannya di rumahnya lebih baik dari menunaikannya di masjid" ( Riwayat Abu Daud, Ahmad, 6/371 ; Ibn Athir : Hasan 11/200 )
Hadith di atas jelas membuktikan betapa tempat yang sebaiknya bagi wanita untuk mendapatkan pahala terbesar adalah di rumahnya. Manakala, bidang institusi keluarga, pendidikan anak dan menjaga keamanan rumah tangga WAJIB TIDAK DIPANDANG REMEH, malah ia sebenarnya amat sukar, malah ia menyamai kepimpinan sebuah negara.
Pandangan remeh terhadapnya adalah kesilapan utama wanita moden zaman kini hingga terlalu berhasrat menjaga syarikat dan berbakti kepada negara sedangkan ; mendidik anak-anak dengan cemerlang adalah sumbangan terhebat kaum wanita buat Negara yang tidak mampu disaingi sama sekali oleh kaum lelaki.
Wanita dikira silap apabila meletakkan 'standard' dan 'silibus' kejayaan lelaki (yang ditentukan Allah tentunya) sebagai 'standard' kejayaannya juga. Sedangkan, 'silibus' dan 'standard' kejayaan wanita adalah tidak sama dengan lelaki dalam banyak hal, saya tidak nafikan ada yang sama tetapi bukan dalam hal kerjaya.
Akibatnya berbondong wanita bekerja kerana menggangapnya sebagai satu KEJAYAAN dan kemuliaan baginya. Apabila kaum wanita hari ini didedahkan dengan pelbagai hadith Nabi berkenaan adab Islam yang perlu dituruti olehnya. Ramai yang merasakan ia seolah-olah mustahil dan tidak ‘up to date' sehinggakan dirasakan Nabi SAW tidak tepat dalam kata-katanya. Lebih buruk, adalah dituduhnya Nabi SAW bersikap ‘bias' atau berat kepada kaum lelaki, kerana baginda sendiri adalah lelaki. Lebih serius dari itu, yang menuduh Islam sudah ‘out dated'. La hawala wal quwwata Illa Billah.
KEPERLUAN WANITA BEKERJA & ANAK LELAKI
Siti Khadijah juga adalah peniaga yang berjaya, tapi adakah sudah ditinjau kaedah beliau berjaya? Adakah beliau masih aktif berniaga selepas Nabi dilantik menjadi Rasul? Adakah disedari tatkala itu Islam belum disempurnakan kerana wahyu masih turun sedikit demi sedikit. Adakah Aisyah dan isteri Nabi yang lain berniaga? Adakah sahabat wanita berniaga dan meninggalkan suaminya di rumah?
"ala ustaz, suasana kan dah berubah" Kata wanita tentunya.
"baiklah, tapi ada beberapa displin hukum bagi wanita diluar rumah, tanggung jawab asas terhadap suami yang tidak berubah sehingga kiamat, sudah dijaga?" Tanya saya
Saya tidak menafikan keperluan wanita untuk bekerja hari ini, ia adalah satu fenomena yang sudah terlewat dan hampir tidak boleh untuk dielakkan. Namun, pandangan peribadi saya menyatakan, keperluan wanita untuk bekerja timbul hari ini adalah apabila timbul masalah kekurangan kaum lelaki yang berkemampuan untuk menjalankan semua tugasan yang sepatutnya dijalankan oleh mereka di luar rumah.
Walaubagaimanapun, adakah kita sedar antara punca kelemahan anak-anak lelaki dalam hal ini antaranya berpunca dari rumahnya ?.
"habis anak perempuan kenapa boleh berjaya pulak, sedangkan dari rumah yang sama?" mungkin itu yang akan dibalas oleh wanita kepada saya.
Pernahkah anda mempunyai anak lelaki ? Bagi yang pernah, saya kira perbezaan dalam menumpukan perhatian dan penjagaan anak lelaki sejak kecil adalah ketara berbanding kanak-kanak wanita.
Hasilnya, keagresifan anak-anak lelaki memerlukan lebih didikan dan tumpuan, tanpa tumpuan sebaiknya, anak lelaki berpeluang untuk menjadi kaki buli di sekolah, malas belajar, bermain lebih dari belajar, perosak anak wanita orang lain dan akhirnya mendapat ijazah rempitan di atas jalan raya dan dadah di pusat serenti. Nauzubillah.
Ia berbeza dengan anak wanita yang secara umumnya lebih mudah dibentuk ketika kecil.
Kerana itu, rumah atau pendidik di rumah yang terbaik adalah seorang IBU. Pendidikan di rumah teramat penting bagi mencorakkan sikap dan sifat anak-anak di hari kemudian, terutamanya kemampuan anak lelaki. Jangan harapkan lelaki untuk bijak mendidik anak mereka di rumah, secara UMUMnya, serba serbi dan sifat naluri lelaki memang kurang mampu menjadi pendidik anak di rumah dengan berkesan. Saya sebut secara umum tanpa menafikan ada yang berjaya juga.
KELEMBUTAN DAN KASIH YANG LUNTUR
Apabila wanita yang mempunyai ciri hebat tadi menggunakan tenaga fitrahnya untuk mentadbir syarikat dan luar rumah, maka sudah pasti jarang yang mampu memberikan perhatian cukup kepada anak di rumah.
Suami tidak banyak boleh diharapkan dalam hal ini kerana sifat semulajadi mereka. Saya bukan ingin sentiasa memberi alasan, "sifat semulajadi" dan "fitrah"; tidak dinafikan ia boleh diubah dan dilatih, tetapi ia bakal gagal berfungsi sebagaimana yang dikehendaki walau sehebat manapun 'adjustment' dan 'latihan' yang cuba dilakukan. Malah ia mungkin boleh lebih memburukkan keadaan, seumpama memaksa kaum lelaki menjadi 'ballet dancer', dia mungkin berjaya dengan dedikasi latihan, tapi akhirnya ia menjadi 'lelaki lembut' yang bertentangan dengan kehendak Islam.
Anak lelaki tidak mendapat perhatian, kasih dan tumpuan secukupnya sejak kecil. Ia akan mengakibatkan berterusannya kekurangan tenaga lelaki yang mahir dan rajin di dalam industri pekerjaan, dalam masa yang sama pula peranan wanita yang lebih mudah dibentuk sejak kecil dan rajin, pasti terkehadapan. Lalu berbondong-bondonglah kaum wanita di tawar bekerja.
Di ketika itulah timbulnya isu, sukarnya wanita untuk menjaga auratnya semasa ia bekerja, ke sana ke sini, bermesyuarat di sana sini. Walhal, Allah SWT sememangnya tidak memperuntukannya untuk kaum wanita terlalu sibuk dan terbuka sedemikian. Malah juga tidak begitu tepat menurut fizikal dan mentalnya.
Kemantapan mental, ketabahan sabarnya, kelembutannya pada hakikatnya adalah khas untuk anak-anaknya demi melahirkan keluarga, masyarakat dan Negara yang dipimpin oleh individu yang cukup kasih saying ibunya. Malangnya, sifat lembut, taat, sabar dan kehebatan 'pshcology' itu telah dihabiskan dan digunakan kepada kerjaya, ‘boss' dan kakitangan yang lain. Tinggallah yang 'hampas' dan sisa buat anak-anaknya dan suaminya mungkin.
Kaum lelaki secara purata sememangnya agak kurang mampu untuk bersabar dengan tangisan anak dan karenah mereka. Lalu TERPAKSALAH dihantar anak-anak ini ke pusat penjagaan kanak-kanak. Kesan jangka panjangnya, akan lahir anak-anak lelaki yang tidak ‘menjadi' akibat dididik oleh individu yang tidak professional lagi melepas batuk di tangga. Iaitu di kebanyakan TASKA yang menghimpunkan berpuluh kanak-kanak sekaligus dengan 3-4 orang wanita muda bujang sebagai pendidiknya. Mampukah anak-anak dididik dengan berkesan dalam suasana begini.?
WANITA DAN WANGIAN DI TEMPAT KERJA
Antara kesilapan kerap yang dilakukan oleh kaum wanita apabila sudah keluar bekerja hari ini adalah berwangian dengan pelbagai jenis ‘perfume' sewaktu keluar dari rumahnya.
" Ala ustaz, takkan ustaz nak kami busuk ustaz" Tanya seorang wanita kepada saya.
Busuk atau tidak itu adalah bergantung kepada sikap kebersihan seseorang. Diharuskan wanita memakai sabun ketika mandi, dan bauannya yang seidkit juga harus. Bagaimanapun, yang menjadi masalah kini adalah yang bergelumang dengan wangian, sehinggakan beberapa meter jarak darinya pun sudah dapat dihidu baunya.
Nabi SAW mengingatkan kaum wanita dengan sabdanya :
أيما امرأة استعطرت , فمرت على قوم ليجدوا ريحها فهي زانية , وكل عين رأت زانية
Ertinya : "Mana-mana wanita yang berwangian dan kemudian lalu dikhalayak lelaki bagi menarik lelaki dengan wangiannya, maka ia adalah seperti wanita penzina, dan setiap mata (lelaki) yang (tertarik lalu) memandangkan adalah mata yang berzina" ( Riwayat Abu Daud, At-Tirmidzi dan Albani : Hasan Sohih)
Tahukah kaum wanita bahawa lelaki normal mudah terangsang dan naik syahwatnya apabila menghidu bauan wangi si wanita?
"Tapi memang itu tujuan sebahagian mereka pakai wangian" Kata seorang wanita.
Jika itulah tujuannya, ia harus berdepan dengan seghala masalah dan bahaya dari kaum lelaki yang buas, ketika itu...janganlah ia marahkan lelaki tersebut.
Apabila sudah bekerja juga, banyak aurat yang terbuka di sana sini dengan hujjah ‘panas', sukar nak jaga, sukar nak bergerak, permintaan boss dan syarikat, ‘untuk nampak elegan' , supaya tak nampak macam mayat berjalan dan lain-lain lagi. Akhirnya dikorbankan hukum dan akhiratnya UNTUK DUNIANYA. Amat simpati saya terhadap kaum hawa sebegini. Allahul Musta'an.
Nabi SAW pernah bersabda :
ما من امرأة تضع ثيابها في غير بيت زوجها إلا هتكت الستر بينها وبين ربها
Ertinya : Tiada seorang wanita pun yang membuka auratnya (pakaiannya) di rumah atau tempat selain rumah suaminya (atau ayahnya tanpa kewujudan orang luar) kecuali dia telah merempuh tabir (sempadan yang digariskan) di antaranya dan tuhannya" (Riwayat Ahmad, 6/301 ; Albani : Sohih)
KKOMEN PEDAS
Mungkin ada wanita yang akan berkata :
"Apa le ustaz ni, orang sedang cerita benda besar iaitu bab sumbangan wanita, tiba-tiba dia sibuk ulas benda-benda kecil tentang aurat pula, tak berkembang pemikiran langsung"
Saya kira, kata-kata begini perkara biasa bagi orang yang telah tersemat dunia dalam hatinya, sama macam orang yang sudah berjaya di dunia perniagaan, tiba-tiba dikingatkan tentang halal haram. Pastinya melenting dan memarahi orang yang mengingat sambil dicop 'ketinggalan' zaman, otak kuno dan lain-lain.
Pandangan rendah kerap diletakkan kepada isu-isu keagamaan, ia juga dipandang sebagai isu remeh temeh menurut akal manusia yang rosak. Aqal akan mengikut jalan yang betul bila bertepatan dengan kehendak Allah SWT. Pernah disebut sikap merendah sebarang perbincangan isu agama bagi mereka yang di kemuncak kejayaan dunia sebagai berikut : -
أَن كَانَ ذَا مَالٍ وَبَنِينَ , إِذَا تُتْلَى عَلَيْهِ آيَاتُنَا قَالَ أَسَاطِيرُ الْأَوَّلِينَ
Ertinya : Kerana dia mempunyai (banyak) harta dan anak, lalu apabila dibacakan kepadanya ayat-ayat Kami, ia berkata: ""(Ini adalah) dongeng-dongengan orang-orang dahulu kala.( Al-Qalam : 14-15 )
NASIHAT PENGHUJUNG
Fikirlah tentang kehidupan menurut cara, priority dan kaedah yang ditunjukkan Allah dan RasulNya.
Akhir kata ; Saya tidak sesekali anti-wanita bekerja, sekadar memberikan beberapa sudut pandang agar sama-sama kita berfikir sahaja. Saya juga sama sekali tidak meletakkan kesalahan kepada wanita, mereka perlu terus rajin dan maju dalam pendidikan mereka dan keperluan kerjaya semasa kelihatan menuntut tenaga mereka.
Cuma harapan saya mereka jangan lupa 'silibus' kejayaan mereka berbeza dengan lelaki dalam beberapa hal. Pelajarilah..
Wanita yang terbaik adalah Maryam, Fatimah dan Khadijah...pelajarilah tentang mereka bagaimana untuk mendapatkan hidup indah di akhirat yang kekal buat selamanya. Ameen..
Sekian
Zaharuddin Abd Rahman
www.zaharuddin.net
Sunday, March 21, 2010
Tuesday, March 2, 2010
Tempat-Tempat Menarik Di Kelantan: Zon Bebas Cukai Rantau Panjang

Entry yg sangat2 Tourism Malaysia okkk... hehe.. well.. nak promote Zon Bebas Cukai Rantau Panjang nih.. antara tempat yg sangat best utk shopping kat Kelate nih... of course la barangan siam lah kan.. orang datang shopping kat kelate bukan nak g cari barang2 branded kan.. at least not the original one la kan.. tapi sebelum itu.. tengok gamba ni dulu...

Yeahhh... barulah rasmi dok Rantau Panjang kan, makan pun makanan siam kan..

Sebelum mula shopping adalah sangat dinasihatkan mengenyangkan perut dulu yer.. sebab bila perut lapar kita akan sangat bernafsu nak beli barangan yg ntah apa2... hehe.. so pekena kue teow perut celup nih dulu yer... korang kalau pi Rantau Panjang tak payah la order masakan panas yg biasa2 tau sebab menu yg mcm tu senang dapat kan, tapi mee/kue teow celup ni special sebab isi nyer segala jenis perut lembu..

ok now let's shop til we drop.. hehe...


cuaca pada hari kejadian ini adalah sangat hot! Panas terik sampai bleh terasa rambut yg dlm tudung tu semacam garing!.. :)
antara barangan menarik yg aku jumpe kat Rantau Panjang ni.. aku mula nyer nak la posing sambil pakai topi/helmet tu.. tapi my shopping partner tak bagi... buruk sangat kot rupa nyer kalau aku try dengan pakai tudung e-kin.. hahaha
yg ni plak.. the latest product attraction la kot.. well at least for me.. sebab before this tak pernah nampak lagi bakul2 yg mcm nih..

pelbagai rupa dan bentuk dan jenis at a very reasonable price..
yg tu boleh buat picnic basket or basket letak barang2 baby kan..
yg nih jenis lain plak.. material dia plastik keras lagi kukuh yg biasa orang guna buat ikat kotak2 yg besar2 tu.. setelah penat shopping.. jom makan nih jap..
Wednesday, February 24, 2010
Wednesday, February 10, 2010
Gathering CNY
So, kepada gang2 yg ada kat KB CNY ni.. sila contact Feera n Nita yer... terjah je Facebook diaorang tu mcm ada 24 jam je kat FB.. kan kan.. haha...
okeh.. selamat bergumbira semua...
Thursday, January 28, 2010
Bercuti Di Kota Bharu Kelantan
Well.. update ini actually is inspired by cik puan ketua darjah saya 3 Kuning di SRK Zainab 2 pada tahun 1987! hehehe... thanx yer cik puan ketua darjah sebab meng-google sampai ke blog nih... ok.. dia ada tanya saya pasal entry saya yang shopping kat Pasar Siti Khadijah ni...

Salah satu kedai yg best kat Pasar Siti Khadijah...

cik puan ketua darjah... not only I remember her name... I even have her business card! Kagum takkk?? hahaha...

more of Hanum's barang dagangan..

ok.. ni plak.. extra special.. tade sapa pun tanya, tapi saje kebetulan tadi masa belek2 buku name card..ada kad nih sama... so.. to those yg nak shopping tudung bawal, kaina pasang, jersi bola murah, kain sembahyang dan lain2 boleh lah ke kedai Kak Yah Golok tu, harga dia memang setakat yg aku dok gi tu memang dia bagi harga yg murah la...
okeh... sekian...
p/s: tajuk entry macam tak kena dengan content entry... hehe.. saje nak generate more hits dgn entry mcm tu... hehe..
Wednesday, January 27, 2010
SK Zainab 2 - Sekolahku Tercinta
Other than that, masa sambutan hari guru.. paling best tgk cikgu-cikgu kita main netball lawan kakak-kakak darjah 6, saya masih ingat lagi Cikgu Shaidah akan tunggu dekat gol dan cuba shoot ke gol.. sampai tertanggal sanggul dia... seronok sangat bila terkenangkan balik kan..
okeh.. sekian sesi mengimbau kenangan lalu.. it has been nearly 21 years since we left SRK Zainab 2 !!
High-performance schools: For SK Zainab 2, it's all in the name
NST- 2010/01/27
KOTA BARU: Sekolah Kebangsaan Zainab 2 deserves to be in the list of 20 high-performance schools in the country as it has performed very well over the past 20 years.
Besides being accorded the "Cluster School" category and excellent school awards in 2007, the school also had a high percentage of pupils with straight As in the Ujian Pencapaian Sekolah Rendah examination in 2008.
It has won many prizes in competitions and sport tournaments at the state level over the years.
SK Zainab 2 Parent-Teacher Association president Tuan Mahmud Tuan Mat said the most important part that contributed to the school's achievement was its name -- Zainab.
"The name was that of the late Raja Perempuan of Kelantan, who was held in high regard among the locals, especially the elite group in Kelantan.
"SK Zainab had been well known among the Kelantanese over the decades but it became more famous when Shaidah Bahar Rasip was the headmaster between 1969 and 1989.
"During her time, the school won a lot of awards not only at the state-level but also internationally in school debates and quizzes.
"From then on, the school name began to shine like a star and all this could be an advantage to the school to achieve more feats in every aspect."
Saturday, December 19, 2009
The Best Place

cantekkkk... sesuai dipakai ke pejabat pada hari Khamis...

osso cantekkk...i like green!

if tadi batik yg harga ratus2...
yang ni..ermmm.. cantik nyer biasa2 je.. it just that it's quite cheap.. ni yg agak latest la skang ni.. baju nyer kain chiffon, utk kain, jenis kain yg biasa tu.. paling murah bleh dapat RM30 sepasang

purple...

yg ni (merah) pun jenis sama la dgn yg purple n biru tadi tu

Batik lagi... org kelate cakap kain batik.. org luar cakap kat sutera kan... apa2 la..
Kat Bazar Buluh Kubu ada gak jual batik ni kan tapi sana murah sket..

tgk tudung plakkss...aku nyaris2 nak bli tudung ni.. sweet sangat color n manik2 dia

tp bila tengok yg ni pun cantik gak.. terus confuse nak bli yg mana satu.. last2 dua2 aku tak bli..selamat RM ku

very the bling2...

rich in kerawangss...

lokasi kedai...

mabukkk wooo banyak2 mcm nih...

chantek!

i loikeeee!

sweet... biru yg lembut nampak comel je kan

oren.. ehh ke peach..


serious rambang mata...

take a break dari tgk kain n tudung... bakul baby pun ada... gift ideas yg bagus..

borong2..

aku buhsan.. so aku tukang amik gamba jek la...

yg tergantung kat bhgn atas tu samping... cantek2 gak..

tudung bawal lagiiii... murah murah,, ni kat Pasar MPKB plak ni.. trip shopping yg lain plak nih sbb SIL aku pakai baju lain dah nih..

heaven! haha... confirm kat Pasar MPKB

next stop brooch plakss.. the best place in KB to buy brooches/kerongsang is bawah Pasar MPKB

siap ada CCTV lagi kat sini tau

yang biasa kite beli dgn harga puluh2.. kat sini belas2 je

banyakss... nyerr... pastikan masa beli kerongsang yg kecik2 tu.. tuan kedai ketatkan dulu besi2 cangkuknyer sebab biasanyer brooch nyer batu ok lagi tapi cangkuk plak dah tercabut..

bling..bling.. harga? erkk... aku tak arif laa bab2 harga nih.. short term memory sket kalu bab2 harga nih... tapi SIL aku memang pakar la dgn harga,jenis etc...

ni brooch yg style agak baru la.. (tade la baru sangat, tapi tak ramai lg org pakai la)

my SIL memborong brooch utk bawak balik ke JB, dia borong sekotak yg tangan kanan dia tu.. brooch bentuk daun RM10 satu rasanyer.. or was it RM12? see... aku lupa la..
selingan jap...

KB Mall dalam ujan... taken few days before kejadian kereta jatuh dalam KBMall tu..
ok... sambung shopping balik...

nexttttt.. tikar bamboo plakssss... well masa beli nih dah rasa murah sangat dah size 7x10 for RM35, pastu the following week aku g Nilai 3, and guess what!? Tikar nih paling murah kedai kat sana yg aku jumpe jual RM28! huhuuuu.... rugi2! tikar nih cantik.. but not dat durable lah... tak tahan lama la if asyik tertumpah air ke... kira padan la dgn harga yg murah... kalau mcm aku pakai kat umah ok la.. tapi yg ada anak2 kecik2 tu mcam tak sesuai la sket..


while the parents sibuk tgk karpet n tikar, budak sini sibuk main nusuk2 chelloh karpet pastu terbaring kepenatan...

peace! peace!
ok... selesai sudah... hehe...
p/s: Khabarnya Yusni dah selamat melahirkan baby (erkk.. xsure plak boy ke girl) pada 8 Disember baru2 nih, congrats Yusni!